DUA BERAN̷AK M̷AUT KERETA TERB̷ABAS IANGG̷AR P0KOK


Se0rang remaja lelaki bersama bapanya m4ut selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terb4bas lalu mel4nggar sebat4ng p0kok di Jalan Felda Buklt Batu, Kulai, pagi tadi.

K0mander 0perasi Balai B0mba dan Penyel4mat Bandar Baru Kulai Pegawai B0mba Kanan II KUP Firdaus Juritah berkata, Pusat Gerak4n 0perasi Bomba Negeri Johor menerima panggilan kecem4san kemal4ngan jalan raya itu melalui talian MERS999 pada 6.45 pagi.

“Tujuh anggota bomba bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati pemandu kereta Mohamad Khairul Hasan, 34, dan anaknya, Mohd Khairil Akmal, 13, masing-masing tersepit di kerusi pemandu dan penumpang hadapan selepas kenderaan mereka itu melanggar sebatang pokok akasia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Firdaus berkata, kedua-dua beranak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mereka dari kereta itu dengan menggunakan peralatan khas.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi membabitkan bomba kemudian tamat sepenuhnya pada 7.30 pagi.

SUmber: CC Via Detikkiniviral