Bob Lokman sudah tiada , ” Hembus nafas pada hari jumaat yang mulia ”


Penulis lirik terkemuka tanah yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, meninggal dunia hari ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporakan sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada j4ntung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator.

Penulis Lirik Lagu Isabella Bob Lokman Meninggal Dunia.
إنا لله وإنا إليه راجعون

Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman ( Bob Lokman) di Hari Jumaat yang mulia ini.

*اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ*

Innalillahi wainna illaihirojiun, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga beliau, semoga arw4h di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Moga Allah rahmati dan kurniakan keampunan buat beliau dan golongkan beliau di kalangan solihin, Sumber Ustaz Syed Abdul Kadir AlJofree.

Menurutnya, anak Allahyarham iaitu Suffian menghubunginya bagi memaklumkan perkara itu.

Suffian yang tinggal di Kuala Lumpur beritahu dia dihubungi oleh adiknya Omar memaklumkan ayahnya men1nggal dunia.

Menurut Omar, malam tadi arwah mula sesak nafas tak boleh tidur membuatkan dia dan ibunya, Relawati Daud terpaksa bersengkang mata menjaganya.

Kira-kira jam 10 pagi keadaan Bob mulai reda dan tenang. Namun beberapa jam kemudian ketika hendak mengejutnya dia mendapati bapa sudah tidak bernafas lagi, katanya.

Terdahulu, pada 8 April lalu Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec IIUM) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.Al fatihah.