Kanak kanak 2 tahun hilang, ” Ditemukan lemas di Sungai Lata rek ”


Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan hilang tengahari tadi ketika bermain dihadapan rumahnya berhampiran Sungai di Lata Rek Kuala Krai.

Mengikut laporan awal melaluai Page Lata Rek Group Hebahan kanak kanak hilang ” Assalammualaikum dan selamat petang semua, seorang kanak kanak lelaki berumur 2 tahun Hilang di Rumah tepi sungai atas air terjun Lata Rek.

Lokasi rumah Jalan nak turun pergi rumah arw4h Pokjak Abe Nusi. Kale Pokjak.

Dia bermain di halaman rumah dan disedari hilang lebih kurang jam 12 tegahari hari ni, sesiapa yang terjumpa boleh berhubung degan ahli keluarganya.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat jumpa degan selamatAmin insya Allah terima kasih semua.

Namun selepas pencarian oleh pihak keluarga dan orang kampung kanak tersebut gagal ditemui dan berkemungkinan terjatuh dan lemas disungai Lata Rek berhampiran rumah.

Pihak Bomba tiba ditempat kejadian melakukan operasi pencarian dan ketika pencarian itu lah jasad kanak kanak lelaki tersebut ditemui sejauh 1.5 km dari kawasan rumahnya dan tempat dirinya hilang.

Jenazah diuruskan pihak berwajib semoga keluarga arwah tabah kehilangan anak tersayang sungguh tak disangka anak yang disangka hilang ditemukan lemas. Al fatihah.